Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Rating Tontonan Record Of Youth Meningkat

Drama tvN, Record of Youth terus mencatatkan peningkatan rating penonton.

Pada 15 September, Nielsen Korea melaporkan bahawa drama tersebut merekodkan rating tontonan sebanyak 7.8 peratus untuk episod baru, peningkatan sebanyak 0.6 peratus berbanding episod sebelumnya. 

Record of Youth berkisar tentang Sa Hye-jun (Park Bo-gum) dan Won Hae-hyo (Byeon Woo-seok) yang berkawan sejak kanak-kanak dan terlibat dalam dunia lakonan. Semasa bekerja, mereka bertemu dengan An Jeong-ha (Park So-dam) yang merupakan artis solek baru. Berasal dari latar belakang yang berbeza, masing-masing mempunyai penderitaan dan situasi keluarga yang berbeza. Mereka bertiga kemudiaannya bertemu cinta, menghadapi ujian, dan persahabatan ketika mereka menjalani kehidupan masa muda.

Anda boleh stream Record of Youth di Netflix

Sementara itu, rating drama SBS, Do You Like Brahms? kekal kukuh walaupun mencatatkan sedikit penurunan. Episod terbaru mencatatkan purata rating sebanyak 4.5 peratus dan 5.6 peratus, turun 0.2 peratus berbanding episod hari Isnin.

Do You Like Brahms? menceritakan kisah pelajar muzik klasik yang mengejar cinta, kebahagian, dan impian mereka. Park Eun Bin berperanan sebagai Chae Song Ah, pemain biola yang bertekad untuk mengejar cintanya terhadap muzik di kemudian hari. Kim Min Jae memainkan peranannya sebagai Park Joon Young, pemain piano terkenal di dunia.

Akhir sekali, drama MBC, Lonely Enough to Love merekodkan rating penonton sebanyak 0.2 peratus, penurunan 0.2 peratus berbanding episod minggu lepas.

Related posts

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Matt Reeves Kongsi Gambar Terbaru Batman Sempena Meraikan #BatmanDay

Kakimuvee

Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir “No Time to Die”

Kakimuvee

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Leave a Comment