Slot Asia

Rating THE WORLD OF THE MARRIAGE Melonjak Lebih 20%

Views

Drama Korea The World of the Married buat pertama kalinya berjaya mencapai purata rating tertinggi iaitu sebanyak 20.1 peratus, sekaligus menjadi drama Korea ketiga dari rangkaian TV kabel yang berjaya melepasi angka 20 peratus.

Menurut Nielsen Korea, The World of the Married mencapai penilaian di seluruh negara sebanyak 20.061 peratus dalam episod terbarunya dan juga episod kelapan pada Sabtu malam. Dengan kejayaan yang luar biasa ini, ia telah menyertai barisan drama hit SKY Castle dan Crash Landing on You yang turut melepasi rating 20 peratus.

Sementara itu, episod kedua drama SBS The King: Eternal Monarch telah memperolehi purata rating di seluruh negara sebanyak 8.4 peratus dan 11.6 peratus untuk dua bahagiannya. Manakala drama popular KBS 2TV, Once Again kekal ditangga teratas dengan purata rating sebanyak 21.3 peratus dan 26.6 peratus pada episod terbaru.

Akhir sekali, drama tvN Hi Bye, Mama menuju ke episod akhir dengan penilaian purata di seluruh negara sebanyak 4.8 peratus untuk episod kedua, sementara drama OCN Rugal mendapat penilaian purata 1.5 peratus.

Tinggalkan Balasan

shares