Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rating “The Penthouse” Terus Meningkat, “Birthcare Center” Berakhir Dengan Rating Tertinggi

Drama The Penthouse terus menyaksikan peningkatan, manakala Birthcare Center dan My Dangerous Wife berakhir dengan rating tertinggi. 

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru The Penthouse merekodkan purata rating sebanyak 12.2 dan 16.0 peratus, sekaligus memecahkan rekod peribadi yang dicatatkan pada episod sebelumnya (15.5 peratus).

Drama tvN, Birthcare Center mengakhiri episod terakhirnya dengan kejayaan manis apabila merekodkan purata rating sebanyak 4.2 peratus dan kemuncak sebanyak 5.6 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi drama tersebut. 

Drama MBN My Dangerous Wife turut berakhir dengan rating yang cukup baik iaitu sebanyak 3.380 peratus. 

Sementara itu, drama MBC Kairos telah menayangkan dua episod secara berturut-turut pada 24 November selepas menunda siaran episod ketujuh pada minggu lalu bagi memberi laluan kepada siaran sukan. Episod ketujuh Kairos merekodkan purata rating sebanyak 2.6 dan 2.7 peratus manakala episod kelapan merekodkan purata rating sebanyak 4.2 peratus dan kemuncak sebanyak 5.6 peratus.

Akhir sekali, drama JTBC Live On merekodkan rating sebanyak 0.428 peratus.

Related posts

“Hometown Cha-Cha-Cha” Berakhir Dengan Rating Tertinggi Sepanjang Siarannya

Zulaikha

Hometown Cha-Cha-Cha Catat Rating Hari Sabtu Tertinggi

Zulaikha

Yumi’s Cells Capai Rating Tertinggi, One The Woman & The Veil Catat Peningkatan

Zulaikha

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

Leave a Comment