Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rating “The Penthouse 3” Menurun, “Imitation” & “Voice 4” Catat Peningkatan


Dua drama menunjukkan peningkatan rating pada malam semalam.

Selepas mencatatkan rating dibawah 1 peratus untuk beberapa episod yang lalu, drama KBS mengenai idol, Imitation menunjukkan sedikit peningkatan pada epiosd terbaru. Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod kelapan drama adaptasi webtoon itu telah merekodkan purata rating sebanyak 1.3 peratus.

Drama Voice 4 turut menyaksikan peningkatan rating. Episod ketiga drama tersebut telah memperoleh purata rating sebanyak 3.4 peratus, dan terus menduduki tangga pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel.

Sementara itu, drama hit SBS The Penthouse 3 kekal kukuh dengan purata rating sebanyak 14.9 peratus, 17.0 peratus dan 17.1 peratus untuk tiga bahagiannya. Walaupun jumlah penontonnya sedikit menurun, drama ini tetap menjadi program yang paling banyak ditonton di mana-mana saluran pada hari Jumaat – dan juga miniseri yang paling banyak ditonton sepanjang minggu.

Sumber: Soompi



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee