
Drama SBS The Penthouse 3 kembali meningkat!
Pada 16 Julai, drama hit itu memulakan separuh kedua musim terakhirnya dengan catatan yang menjanjikan, dengan penilaian penonton meningkat untuk minggu kedua berturut-turut.
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru drama itu merekodkan purata rating sebanyak 17.5 peratus, peningkatan berbanding episod sebelumnya. Drama ini juga meneruskan rentetan sempurna dengan menjadi program paling banyak ditonton di semua saluran pada hari Jumaat dan miniseri yang paling banyak ditonton sepanjang minggu.
Sementara itu, rating drama tvN Voice 4 merosot ke tahap 3.2 peratus untuk episod terbaru. Walaubagaimanapun, ia kekal di tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel di antara demografi utama penonton berusia 20 hingga 49 tahun dengan memperoleh purata rating sebanyak 2.5 peratus dan kemuncaknya sebanyak 2.9 peratus.
Akhir sekali, drama KBS 2TV Imitation menyaksikan penyusutan rating ke 0.5 peratus menjelang episod terakhirnya.