Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rating THE KING: ETERNAL MONARCH Terus Menurun

Drama terbaru SBS The King: Eternal Monarch semakin hampir ke penghujung! Dengan menuju ke dua episod terakhir, drama romantik fantasi menyaksikan sedikit penurunan penonton.

Menurut laporan dari Nielsen Korea, episod terbaru The King: Eternal Monarch hanya mampu mendapat purata rating dari penonton sebanyak 5.7 peratus dan 6.7 peratus, menandakan penurunan penonton berbanding episod sebelumnya pada Sabtu yang lalu.

Diharapkan, rating penonton The King: Eternal Monarch kembali meningkat ketika menuju ke dua episod terakhir yang bakal ditayangkan pada 6 Jun dan 12 Jun ini.

Ditulis oleh Kim Eun Sook (Secret Garden, Descendants of the Sun, Goblin, Mr. Sunshine), The King: Eternal Monarch berkisarkan tentang dua alam semesta yang selari dengan monarki dan demokrasi. Lee Min Ho memainkan peranan sebagai Emperor Lee Gon, yang cuba menutup pintu dua dunia berbeza, manakala Kim Go Eun membawa watak sebagai detektif Jung Tae Eul, yang bekerjasama dengan maharaja untuk melindungi nyawa manusia.

The King: Eternal Monarch disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu, jam 10.30 malam, eksklusif di Netflix.

Related posts

Ji Jin Hee Mesti Membongkarkan Rahsia & Selamatkan Anaknya Dalam Teaser Terbaru “The Tragedy Of One”

Zulaikha

tvN Dedah Poster Misteri “Hometown” Yang Menampilkan Yoo Jae Myung, Han Ye Ri, & Um Tae Goo

Zulaikha

“Voice 4” Berakhir Dengan Rating Tinggi, “The Devil Judge” Rampas Kembali Kedudukan No. 1

Zulaikha

Rating “Voice 4” Meningkat Menjelang Episod Terakhir

Zulaikha

K-Drama Terbaru “The Great Shaman Ga Doo Shim” Kini Boleh Di Strim Di iQiyi

Kakimuvee

Penampilan Kim Min-gwi Dalam Drama ‘Nevertheless’ Disunting Susulan Skandal Curang

Zulaikha

Leave a Comment