Slot Asia

Rating “The King: Eternal Monarch” Melonjak Menjelang Episod Terakhir

Views

Hanya dengan satu episod lagi, drama terbaru SBS The King: Eternal Monarch menuju ke peringkat akhir dengan peningkatan rating dari penonton!

Pada 6 Jun, episod terbaru dari drama romantik fantasi itu menyaksikan peningkatan jumlah penonton dari siaran sebelumnya. Menurut Nielsen Korea, The King: Eternal Monarch memperoleh penilaian purata di seluruh Korea Sealatan sebanyak 5.9 peratus dan 8.1 peratus untuk dua episodnya.

Sementara itu, drama TV Chosun, King Maker: The Change of Destiny terus menarik penonton baru, mengekalkan trend peningkatannya dan mencapai penilaian tertinggi hingga kini. Drama bergenre itu mendapat penilaian purata sebanyak 4.6 peratus untuk episod terbaru, sekaligus mencatatkan rekod peribadi drama tersebut.

Drama tvN, When My Love Blooms turut mencatatkan jumla

“When My Love Blooms” tvN juga menikmati peningkatan jumlah penonton, dengan memperoleh penilaian purata sebanyak 4.1 peratus untuk malam itu, sementara drama OCN Team Bulldog: Off-Duty Investigation memperoleh penilaian purata 2.3 peratus.

Akhir sekali, drama KBS 2TV Once Again kekal sebagai drama yang paling banyak ditonton pada malam Sabtu dan Ahad, dengan skor purata sebanyak 23.7 peratus dan 28.5 peratus untuk dua episod terbaruny.

Tinggalkan Balasan

shares