Slot Asia

Rating Tale Of The Nine -Tailed Kekal Kukuh, Do Do Sol Sol La La Sol Terus Meningkat

Views

Selepas episod pertama mencatatkan rating yang lebih tinggi dari finale Flower of Evil, episod kedua drama terbaru tvN, Tale of the Nine-Tailed terus mengekalkan rating sekitar 5 peratus.

Episod terbaru drama lakonan Lee Dong-wook dan Jo Bo-ah itu telah mencatatkan purata rating sebanyak 5.557 peratus, sedikit penurunan dari episod pertama yang mencatatkan rating sebanyak 5.804 peratus. 

Drama terbaru KBS, Do Do Sol Sol La La Sol menunjukkan sedikit peningkatan pada episod keduanya dengan purata rating sebanyak 2.8 dan 2.6 peatus. Episod pertama drama itu mencatatkan purata rating sebanyak 1.9 dan 2.6 peratus. 

Turut mencatatkan peningkatan adalah drama MBC, When I Was the Most Beautiful. Episod terbaru telah merekodkan rating 3.4 dan 3.6 peratus. 

Prestasi drama JTBC, Private Lives menunjukan sedikit penurunan. Episod terbaru telah merekodkan purata rating sebanyak 2.235 peratus, sedikit rendah dari episod pertama yang mencatatkan rating 2.522 peratus. 

Sementara itu, drama TV Chosun, Love Call Center merekodkan rating sebanyak 15.542 dan 18.423 peratus, manakala rancangan dokumentari / realiti terbaru MBN, Miss Back merekodkan purata rating sebanyak 1.274 peratus.

Sumber: Soompi

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks