Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rating “Snowdrop” Kembali Meningkat, “The King Of Tears, Lee Bang Won” Cipta Rekod Peribadi

Selepas menyaksikan trend penurunan untuk beberapa episod, rating drama Snowdrop kembali meningkat pada episod terbaru.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru drama JTBC itu merekodkan rating 3.3 peratus, peningkatan 1.4 peratus berbanding episod sebelumnya. Turut menyaksikan peningkatan adalah drama tvN Bulgasal dengan rating 4.1 peratus untuk episod terbaru. 

Sementara itu, drama KBS The King of Tears, Lee Bang Won berjaya mencapai angka dua digit buat pertama kalinya untuk mencapai tahap tertinggi sepanjang siarannya. Episod terbaru drama tersebut mencatatkan purata rating 10.2 peratus, yang tertinggi setakat ini. 

Turut mencapai rating penonton tertinggi adalah drama TV Chosun, Uncle yang merekodkan rating 6.3 peratus untuk episod terbaru. 

Akhir sekali, rating drama popular KBS 2TV Young Lady and Gentlemen melonjak ke tahap 34.4 peratus untuk episod terbaru, sekaligus mempertahankan kedudukan sebagai program yang paling ramai penonton di semua saluran pada hari Sabtu. 

Related posts

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha

Peserta “Single’s Inferno” Free Zia Ancam Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Komen Berniat Jahat

Zulaikha

Kim Dong Wook Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Terbaru Mengenai Penggembaraan Masa

Zulaikha

“BACKSTAGE” Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Akan Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini

Kakimuvee

Drama Korea Baru “Rookie Cops” Akan Diperkenalkan Di Disney+ Hotstar Bulan Ini

Zulaikha

Leave a Comment