
Rating drama JTBC “Sisyphus: The Myth” sedikit meningkat pada minggu ini.
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod 17 Mac “Sisyphus: The Myth” telah merekodkan purata rating sebanyak 4.905 peratus, sedikit peningkatan berbanding episod sebelumnya yang merekodkan purata rating 4.848 peratus.
Sementara itu, drama tvN “Mouse” merekodkan purata rating sebanyak 5.796 peratus, sedikit penurunan berbanding episod sebelumnya yang mencatat rating 6.202 peratus, tetapi masih mampu mengekalkan kedudukan pertama dalam slot waktunya. Akhur sekali di KBS, drama “Hello, Me!” merekdokan purata rating sebanyak 2.8 dan 3.7 peratus.
Sisyphus: The Myth adalah drama fantasi misteri yang memberi fokus kepada jurutera genius, Han Tae Sool (Cho Seung Woo) yang berusaha untuk membongkar kebenaran di sebalik kematian abangnya, dan seorang pahlawan elit bernama Kang Seo Hae (Park Shin Hye), yang mengembara masa untuk menolongnya
Han Tae Sool adalah seorang genius yang sangat mahir dalam bidang kejuruteraan dan pengekodan, menyebabkan makhluk misteri mengejarnya. Kang Seo Hae mencari Han Tae Sool kerana dia yakin bahawa jika dia menyelamatkannya, dia dapat menghalang kemusnahan dunia.
Mouse adalah drama misteri thriller yang ditetapkan di dunia dimana manusia dapat mengenalpasti psikopat melalui ujian DND pada janin di rahim ibu. Drama ini berpusat pada persoalan, “Adakah anda akan melahirkan anak itu dengan mengetahui bahawa mereka adalah psikopat?”
Hello,Me! adalah drama komedi romantis fantasi mengenai seorang wanita berusia 37 tahun bernama Ban Ha Ni (Choi Kang Hee), yang menjadi tidak berminat dengan cinta, pekerjaan, dan impiannya.
Dia dikunjungi dan dihiburkan oleh dirinya yang berusia 17 tahun (Lee Re), yang sangat meminati segala-galanya dan tidak takut dengan apa pun di dunia. Kim Young Kwang berperanan sebagai chaebol generasi kedua yang bersemangat bebas Han Yoo Hyun yang tidak pernah dewasa