Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Rating Rotten Tomatoes “Spider-Man: No Way Home” Menyamai “Into the Spider-Verse”… Setakat Ini

Filem superhero komik terbaru Sony Pictures, Spider-Man: No Way Home, telahpun memulakan tayangannya di pawagam tempatan pada hari ini. Tayangan hari pertama boleh dikatakan agak meriah dengan banyak dewan tayangan telah dipenuhi penonton yang tidak mahu terlepas peluang menyaksikan filem ini dengan lebih awal. 

Sementara itu, beberapa ulasan dari pengkritik telahpun dikongsikan diatas talian sejak semalam lagi, dan hasil semakan di laman ‘aggregation’ Rotten Tomatoes, No Way Home telah mendapat 93 ulasan dari pengkritik profesional dengan rating keseluruhan setakat ini mencecah 97 peratus. Peratusan rating yang diterima No Way Home menyamai filem animasi tahun 2018, Spider-Man: Into the Spider-Verse dimana filem tersebut mendapat rating 97 peratus dari 393 ulasan yang diterimanya. 

Rotten Tomatoes

Rating di IMDb agak menarik dimana No Way Home telah mendapat rating 9.4/10 hasil dari undian 1400 pengguna berdaftar, manakala di satu lagi laman rating profesional, Metacritic, skor yang diterima No Way Home tidak begitu mengagumkan apabila hanya mendapat metascore sebanyak 72 dari 28 ulasan. 

Dijangkakan, rating-rating yang diterima Spider-Man: No Way Home akan berubah dari masa ke semasa memandangkan terdapat banyak pengkritik yang masih belum melepaskan ulasan mereka diatas talian. Cuma sama ada ia meningkat atau menurun masih perlu dilihat. 

Spider-Man: No Way Home dibintangi Tom Holland yang akan memainkan watak sebagai  superhero kegemaran ramai, Spider-Man/Peter Parker. Dia turut disertai Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange. Dijangkakan, kedua-dua mereka akan bergandingan untuk menentang Electro dan Doctor Octopus, kedua-duanya dilakonkan oleh Jamie Foxx dan Alfred Molina, dan antara penjahat francais Spider-Man terdahulu yang disahkan kembali dalam filem kali ini.

Seperti WandaVision, No Way Home akan terikat dengan peristiwa Doctor Strange in the Multverse of Madness, arahan Sam Raimi. 

Entri ketiga Spider-Man MCU ini turut menampilkan kepulangan sebilangan besar pelakon dari filem sebelumnya seperti Zendaya (Euphoria, Dune) sebagai MJ, Jacob Batalon (50 State of Fright) sebagai Ned, Marisa Tomei (The King of Staten Island) sebagai Aunt May, Tony Revolori (The French Dispatch) sebagai Flash dan Hannibal Buress (Tag) sebagai Coach Wilson.

Baca ulasan tanpa spoiler Spider-Man: No Way Home disini.

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee