Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rating “River Where The Moon Rises” Terus Kukuh

Selepas bermula baik pada minggu pertama siarannya, drama “River Where the Moon Rises”  terus mengekalkan prestasi baik.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod 22 Februari drama KBS itu telah merekodkan purata rating sebanyak 6.4 peratus dan 9.2 peratus, rating yang hampir sama dengan episod sebelumnya iaitu 5.8 dan 9.7 peratus.

Di JTBC, drama “She Would Never Know” merekodkan purata rating sebanyak 2.007 peratus, peningkatan berbanding episod minggu lalu. Akhir sekali di tvN, drama “L.U.C.A: The Beginning merekodkan purata rating sebanyak 5.7 peratus, hampir sama dengan episod minggu lalu.

Berdasarkan cerita rakyat Goguryeo, River Where the Moon Rises akan menceritakan kisah cinta Puteri Pyeonggang (lakonan Kim So Hyun) dan On Dal (lakonan Ji Soo). Dalam penceritaan semula kisah terkenal ini, Pyeonggang – yang juga pahlawan berani – adalah seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi wanita pertama yang memimpin Goguryeo.

LUCA: The Beginning adalah drama aksi thriller mengenai seorang lelaki bernama Ji Oh (Kim Rae Won), yang diburu kerana kebolehan khasnya, dan seorang detektif jenayah ganas bernama Gu Reum (Lee Da Hee), satu-satunya yang mengingatinya. Kim Sung Oh memainkan peranan sebagai Lee Son, yang merupakan ketua di antara mereka yang memburu Ji Oh dan pernah menjadi sebahagian daripada pasukan khas.

Related posts

TUDUM: Netflix Umum Jadual Pelancaran Untuk Filem & Siri Korea Yang Akan Datang

Zulaikha

“Yumi’s Cells” Capai Rating Tertinggi, “One The Woman” Kekal No. 1

Zulaikha

iQiyi Sebarkan Cinta Terhadap Hallyu Dengan 9 buah K-Drama dan Filem Hebat di Suku Tahun Ke-4

Zulaikha

Rating “Hometown” Meningkat Pada Episod Ke-2, “Dali And Cocky Prince” Kekal No. 1

Zulaikha

SERIGALA LANGIT TAYANG DI ASTRO FIRST 25 SEPTEMBER 2021

Kakimuvee

Rancangan Variety “Unexpected Business” Mungkin Akan Kembali Untuk Musim Kedua

Zulaikha

Leave a Comment