
Drama JTBC Reborn Rich terus menambah bilangan penonton pada setiap episodnya.
Pada 26 November, drama fantasi balas dendam lakonan Song Joong Ki itu menunjukkan peningkatan ketara pada jumlah penontonnya apabila ia mencatatkan rating tertinggi setakat ini.
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod kelima drama Reborn Rich menguasai tempat pertama dalam slot waktunya, merentasi semua saluran, dengan purata rating 14.8 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi drama tersebut.
Sementara itu, drama The Queen’s Umbrella kekal berada di tempat pertama dalam slot waktunya walaupun menunjukkan sedikit penurunan jumlah penonton.
Drama sejarah popular lakonan Kim Hye Soo itu memperoleh purata rating 12.9 peratus untuk episod terbaru.
Drama SBS The First Responders kekal stabil dengan episod terbaru merekodkan rating 7.5 peratus.
Akhir sekali, drama KBS 2TV The Bold Siblings kekal menjadi program paling ramai penonton pada hari Sabtu dengan purata rating 18.5 peratus.
Sumber: Soompi