
Drama terbaru KBS 2TV, Police University terus menerajui penilaian penonton dikalangan drama Isnin-Selasa.
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod ketiga Police University telah mencapai purata rating sebanyak 6.8 peratus, peningkatan 0.3 peratus berbanding episod minggu lalu. Penilaian terbaru ini juga merupakan yang tertinggi sejak ia mula disiarkan.
Police University menceritakan kisah penyiasatan huru-hara yang berlaku ketika seorang profesor di universiti polis elit bekerjasama dengan pelajarnya – salah satunya adalah bekas penggodam yang genius. Jinyoung dan Krystal akan memainkan peranan sebagai pelajar universiti, Kang Sun Ho dan Oh Kang Hee, sementara Cha Tae Hyun memainkan watak detektif yang bersemangat dan profesor Yoo Dong Man.
Sementara itu, drama tvN You Are My Spring merekodkan purata rating sebanyak 1.86 peratus, yang terendah setakat ini. Ini merupakan penurunan ketara berbanding episod minggu lalu yang mencatatkan rating 2.014 peratus.