
Rating drama hit Mouse nampaknya sedikit menurun.
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), drama tvN itu telah merekodkan purata rating sebanyak 4.901 peratus pada 22 April dan 4.964 peratus pada 21 April, sedikit penurunan berbanding episod minggu lalu yang mencatatkan rating sebanyak 5.374 peratus.
Sementara itu, drama terbaru KBS Sell Your Haunted House merekodkan purata rating sebanyak 3.7 peratus dan 5.3 peratus, rating yang hampir sama dengan episod 21 April, yang merekodkan rating 3.7 peratus dan 5.9 peratus.
Drama JTBC Law School merekodkan purata rating sebanyak 4.318 peratus, juga hampir sama dengan rating episod 21 April iaitu 4.338 peratus. Akhir sekali di MBC, drama Oh My Ladylord merekodkan purata rating sebanyak 1.6 dan 1.2 peratus untuk episod 22 April dan 1.3 peratus dan 1.5 peratus untuk episod 21 April.