Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Rating “Miimaland” Di IMDb Hampir Menyamai “Avengers: Endgame”


Miimaland,¬†antara filem tempatan ‘tersampah’ tahun ini. Telah dikritik teruk oleh para pengkritik, dan dikeji penonton, tetapi ‘surprisingly’ filem ini mendapat rating yang sangat tinggi di IMDb! iaitu lapan per sepuluh, hampir menyamai rating Avengers: Endgame (8.4/10).

Bukan sekadar itu sahaja, ulasan di bahagian ‘User Reviews’ turut mengejutkan. Rata-rata pengguna memuji jalan cerita¬†Miimaland dan kagum dengan lakonan luarbiasa para pelakonnya.¬†

Pengguna bernama tangyeelingsmiles memuji jalan cerita serta prestasi Sophia Albarakbah, dan telah memberi rating 10/10. 

Been looking forward to this movie because MIMALAND was my childhood “Disneyland” before it closed down. I like the storyline alot and also the performance of female lead actress Sophia Albarakbah in the movie.

themagicempire kagum dengan plot twist dan merasakan filem ini memiliki gaya seni yang sangat hebat.

I often wonder why Elize was the one chosen to save “her daughter” as I was watching the show. And the ending explained¬† it all. Good cinematography angles too in this movie. Great art-sense.

Bagaimanapun, pengguna bernama sithuhein242 memberi rating 1/10, jauh berbeza dengan pengguna yang lain. Dia ‘membebel’ kehairanan dengan pengguna yang memberi rating 1/10 dan juga menzahirkan rasa kecewa selepas menonton filem ini. Baginya, menonton¬†Paul Blart¬†lagi menarik dari¬†Miimaland.


Please dont waste your time with this bs of a movie i made a mistake of paying to watch. You could have more fun watching paul blart.

Untuk info, akaun tangyeelingsmiles dan themagicempire baru berusia sebulan, manakala akaun sithuhein242 telah berusia 6 tahun dan terdapat senarai filem-filem yang diulas atau dinilai pengguna ini.

Apa pendapat anda? adakah rating Miimaland¬†di IMDb ‘legit?’ atau sekadar cubaan terdesak selepas di ‘bakulsampahkan’ oleh pengkritik filem dan penonton?¬†

Sumber: IMDb


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‚ÄėKau vs Aku‚Äô kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee