Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rating “Jirisan” Meningkat Pada Episod Terakhir

Drama tvN Jirisan telahpun berakhir semalam, dan menyaksikan peningkatan rating pada episod finale.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terakhir Jirisan mencatatkan peningkatan rating ketahap 9.2 peratus. Kali terakhir drama misteri itu berjaya melepasi angka 9 peratus adalah pada minggu kedua tayangannya pada Oktober yang lalu. 

Turut menamatkan rancanganya malam semalam adalah drama JTBC Inspector Koo. Episod finale drama tersebut merekodkan rating 2.3 peratus, peningkatan berbanding episod sebelumnya. 

Sementara itu, rating drama OCN Chimera melonjak ke tahap 2.0 peratus untuk episod terbaru, manakala drama SBS Let Me Be Your Knight turut menunjukkan peningkatan pada episod terbaru dengan rating 1.7 peratus.

Episod kedua drama remake TV Chosun, Uncle, menikmati peningkatan jumlah penonton dengan purata rating 2.8 peratus. Drama terbaru KBS The King of Tears, Lee Bang Won, yang bermula baik pada episod perdana 

Selepas bermula baik pada tayangan perdana, drama sejarah terbaru KBS The King of Tears, Lee Bang Won terus mengukuhkan kedudukannya dengan mencatatkan purata rating 9.4 peratus untuk episod kedua.

Related posts

Park Seo Joon & Han So Hee Akan Bergandingan Dalam Drama Thriller Terbaru “Gyeongseong Creature”

Zulaikha

Jangan Lupa Saksikan Musim Terakhir “Snowdrop” & Menangi Poster Yang Ditandatangani Oleh Jung Hae-In & Jisoo.

Kakimuvee

CEO Netflix Sahkan Musim 2 “Squid Game”

Kakimuvee

Netflix Dedah Gambar Terbaru Seohyun Dari Filem “Love and Leashes”

Kakimuvee

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha