Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rating ‘Jirisan’ Meningkat, ‘Chimera’ Cipta Rekod Peribadi

Beberapa drama telah mencatatkan peningkatan penilaian penonton pada episod terbaru.

Pada 21 November, drama tvN Jirisan telah memperoleh purata rating 8.3 peratus untuk episod terbaru, menandakan peningkatan sederhana berbanding episod sebelumnya. Jirisan turut mengekalkan kedudukan pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel. 


Sementara itu, drama OCN Chimera berjaya mencapai penilaian penonton tertinggi setakat ini dengan mencatatkan purata rating sebanyak 1.6 peratus untuk episod terbarunya. 

Drama JTBC Inspector Koo turut menikmati peningkatan jumlah penonton apabila rating episod terbarunya melonjak ketahap 2.2 peratus, manakala drama SBS Let Me Be Your Knight mengekalkan rating yang dicatatkan pada minggu lepas iaitu 1.4 peratus.

Akhir sekali, drama KBS 2TV Young Lady and Gentleman sekali lagi melepasi paras 30 peratus apabila episod terbarunya mencatatkan purata rating 30.3 peratus. Drama itu turut mengekalkan statusnya sebagai program televisyen yang paling ramai penonton di mana-mana saluran pada hari Ahad. 

Sumber: Soompi

Related posts

Song Joong Ki Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Noir Terbaru

Zulaikha

Jeon Do Yeon & Jung Kyung Ho Disahkan Membintangi Drama Rom-Com “One Shot Scandal”

Zulaikha

“The Witch: Part 2. The Other One” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan

Zulaikha

“The Roundup” Atas Kutipan “Avengers: Age Of Ultron” Di Korea Selatan, Melangkaui 11 Juta Penonton

Zulaikha

Gambar Terbaru “Emergency Declaration” Yang Menampilkan Song Kang Ho, Lee Byung Hun, Im Siwan & Ramai Lagi

Zulaikha

Netflix Perbaharui Siri Popular Korea “Sweet Home” Untuk Dua Musim Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment