Slot Asia

Rating “It’s Okay To Not Be Okay” Terus Meningkat, "Backstreet Rookie" & "King Maker" Cipta Rekod Peribadi

Views

Drama SBS, Backstreet Rookie dan TV Chosun, King Maker: The Change of Destiny telah mencatatkan rating tontonan tertinggi pada hari minggu.

Menurut Nielsen Korea, episod keempat Backstreet Rookie telah mendapat skor purata sebanyak 4.6 peratus dan 8.3 peratus untuk dua bahagian, sekaligusnya menyaksikan peningkatan penonton dan mencatatkan rating tertinggi untuk drama romantik komedi itu.

Manakala drama King Maker: The Change of Destiny turut mencatatkan rekod peribadi. Episod terbaru drama sejarah itu berjaya menguasai tangga teratas dalam slot waktunya di semua saluran, termasuklah rangkaian siaran awam dengan mendapat purata rating sebanyak 6.3 peratus.

Sementara itu, episod ketiga drama romantik terbaru tvN, It's Okay to Not Be Okay telah mencatatkan peningkatan penonton dengan mendapat purata rating sebanyak 5.9 peratus dan 6.9 peratus, sekaligus berjaya menduduki tangga pertama dalam slot waktunya di semua rangkaian tv kabel dan seluruh saluran - termasuklah rangkaian siaran awam.

Untuk lain-lain, drama aksi komedi OCN, Team Bulldog: Off-Duty Investigation telah mendapat purata rating sebanyak 2.9 peratus manakala dalam KBS 2TV, Once Again kekal menjadi drama paling tontonan untuk malam Sabtu dengan purata rating sebanyak 23.6 peratus dan 28.0 peratus untuk dua bahagiannya.

Sumber: Soompi

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks