Slot Asia

Rating “It’s Okay To Not Be Okay” Meningkat Menjelang Episod Akhir, "Once Again" Lepasi Angka 35%

Views

Drama KBS 2TV, Once Again sekali lagi memecahkan rekod peribadi!

Pada 2 Ogos, Once Again membuktikan popularitinya apabila mencapai rating tontonan tertinggi setakat ini. Drama tersebut mendapat purata rating sebanyak 32.1 peratus dan 35.6 peratus untuk dua bahagiannya, sekaligus memecahkan rekod rating 35 peratus yang dicatatkan sebelum ini.

Sementara itu, dengan hanya tinggal dua episod sahaja lagi, drama tvN, It's Okay to Not Be Okay menuju ke minggu terakhir dengan peningkatan rating. Episod terbaru drama romantik itu mendapat purata rating sebanyak 5.9 peratus dan kemuncaknya sebanyak 6.3 peratus, menandakan peningkatan jumlah penonton berbanding episod sebelumnya.

Akhir sekali, episod terbaru drama OCN, Train mendapat purata rating sebanyak 1.3 peratus.

*It's Okay to Not Be Okay boleh ditonton dilaman penstriman Netflix 

Sumber: Soompi

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks