Berita

Rating “It’s Okay To Not Be Okay” Melonjak Naik Menjelang Finale

Views

Dengan hanya tinggal satu episod lagi, drama tvN It's Okay to Not Be Okay menyaksikan peningkatan rating.

Pada 8 Ogos, drama romantik itu mencapai rating penonton tertinggi sehingga kini. Menurut Nielsen Korea, siaran terbaru It's Okay to Not Be Okay mendapat penilaian purata sebanyak 6.5 peratus dan kemuncak sebanyak 7.0 peratus, sekaligus menduduki tangga pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel.

Ini pertama kali drama It's Okay to Not Be Okay berjaya melepasi angka 6 peratus sejak ia ditayangkan pada Jun yang lalu.

Sementara itu, drama JTBC, Graceful Friends menyaksikan sedikit peningkatan penonton apabila mendapat purata rating sebanyak 4.7 peratus, manakal dalam OCN, Train, mendapat purata rating sebanyak 1.1 peratus.

Akhir sekali, drama KBS 2TV, Once Again, kekal menjadi drama yang paling banyak tontonan pada Sabtu malam dengan mendapat purata rating sebanyak 29.4 peratus dan 33.2 peratus untuk dua bahagiannya.

It's Okay to Not Be Okay boleh ditonton di Netlix.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks