Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rating “Hospital Playlist 2” & “My Roommate Is A Gumiho” Meningkat


Rating drama Hospital Playlist 2 dan My Roommate Is a Gumiho melonjak naik!

Setelah mencipta rekod baru untuk rating tayangan perdana tertinggi dalam sejarah tvN minggu lalu, Hospital Playlist 2 mengekalkan popularitinya untuk episod kedua pada 24 Jun. Menurut Nielsen Korea (via Soompi), drama hit tersebut mendapat penilaian purata sebanyak 10.1 peratus, sedikit peningkatan jumlah penonton dari tayangan perdana pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, rating My Roommate Is a Gumiho meningkat ke tahap 3.8 peratus untuk episod terbarunya.

Drama baru MBC, On the Verge of Insanity, yang mendapat penarafan tertinggi dari mana-mana miniseri MBC tahun ini, menyaksikan sedikit penurunan jumlah penonton pada episod keduanya. Episod terbaru drama tersebut mencatatkan purata rating sebanyak 2.7 peratus dan 3.3 peratus untuk dua bahagiannya.

Waktu tayangan yang sama dengan drama popular Hospital Playlist 2 menjadi faktor penurunan rating drama On the Verge of Insanity.


Drama JTBC, Monthly Magazine Home, yang turut bersiaran dalam slot masa yang sama dengan dua drama diatas, memperoleh purata rating sebanyak 1.7 peratus untuk episod keempatnya.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee