
Hometown catat peningkatan rating pada episod kedua.
Pada 23 September, drama misteri thriller terbaru lakonan Han Ye Ri dan Yoo Jae Myung, meningkatan peningkatan penilaian penonton pada episod kedua dengan merekodkan purata rating 3.3 peratus, berbanding 2.827 peratus yang dicatakan pada episod pertama.
Hometown adalah sebuah kisah misteri seram di tahun 1999, di mana seorang detektif dan seorang wanita mencari anak saudaranya yang diculik, dan berganding bahu untuk mencari pengganas yang dikaitkan dengan beberapa kes pembunuhan. Drama terbaru ini boleh di tonton di tvN (Saluran 395 HD).
Sementara itu, drama terbaru KBS 2TV, Dali and Cocky Prince kekal kukuh pada episod kedua. Drama romantik komedi lakonan Kim Min Jae dan Park Gyu Young itu telah merekodkan rating 4.3 peratus, sekaligus mengekalkan kedudukan pertama dikalangan drama Rabu-Khamis.
Dali and Cocky Prince mengenai percintaan antara seorang parvenu yang kurang pendidikan, dan anak perempuan keluarga berprestij yang berusaha menyelamatkan muzium seni yang hampir musnah.
Sumber: Soompi