Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rating “Hometown Cha-Cha-Cha” Kembali Meningkat Ke 2 Digit

Rating drama rom-com popular, Hometown Cha-Cha-Cha, meningkat ke tahap dua digit malam semalam. 

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod ke-12 drama lakonan Kim Seon Ho dan Shin Min Ah itu telah mencatatkan purata rating 10.7 peratus, peningkatan ketara berbanding episod sebelumnya, yang merekodkan rating 9.229 peratus. Selain itu juga, Hometown-Cha-Cha-Cha turut menduduki tempat pertama dalam slot waktunya, di semua saluran – termasuklah rangkaian siaran awam. 

Sementara itu, drama JTBC, Lost turut menyaksikan peningkatan jumlah penonton pada episod terbaru, dengan purata rating 1.9 peratus. Episod kesembilan, yang disiarkan pada 2 Oktober, hanya mencatatkan rating 1.168 peratus. 

Akhir sekali, drama terbaru KBS 2TV, Young Lady and Gentleman, kekal menjadi program yang paling ramai penonton pada hari Ahad, dengan episod keempat merekodkan rating 25.3 peratus.

Drama Lost boleh di strim di iQiyi, manakala Hometown Cha-Cha-Cha tersedia di Netflix

Related posts

Jirisan Catat Peningkatan Jumlah Penonton Pada Episod Kedua

Natasha

6 Filem Terbaik Korea Lebih Sedekad Yang Lalu

Natasha

“One The Woman” Meneruskan Penguasaannya Sebagai Minisiri Paling Ramai Penonton

Zulaikha

Menjelang Finale, Namgoong Min Bersedia Untuk Pertempuran Terakhir Dalam Gambar Terbaru “The Veil”

Zulaikha

Kim Seon Ho Berundur Dari 2 Days & 1 Night Musim 4

Kakimuvee

Go Ara Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru

Zulaikha

Leave a Comment