Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rating “High Class” Jatuh Ke Tahap Terendah

Selepas mencipta rekod peribadi pada minggu lalu, drama terbaru tvN High Class menyaksikan penurunan penilaian penonton pada episod minggu ini. 

Pada 20 September, rating drama misteri lakonan Jo Yeo Jeong telah jatuh ke tahap terendah setakat ini. Episod kelima drama High Class hanya meraih rating 3.0 peratus (via Soompi), angka paling rendah sepanjang siarannya. Minggu lalu, High Class telah mencipta rekod peribadi dengan rating 3.986 peratus.


Sementara itu, dua drama hit, Lovers of the Red Sky dan Police University tidak akan menyiarkan episod terbarunya pada minggu ini disebabkan musim percutian. Kedua-dua drama tersebut akan kembali bersiaran, bermula pada 27 September.

High Class mengisahkan fitnah dan kepuraan yang tersembunyi di  sebalik kehidupan tersebut. Ia menjadi tegang dan  misteri kepada golongan yang mengalaminya.  

Song Yeo-ool dibelengu dengan pembunuhan suaminya  dan dia kehilangan segalanya. Nam Ji-seon terkenal di  kalangan ibu-ibu di sekolah antarabangsa, tempat di  mana anak-anak golongan elit bersekolah. Danny, bekas  pemain hoki ais adalah seorang guru di sekolah itu.  Hwang Na-yoon pula seorang ibu tunggal dan merupakan satu-satunya wanita yang mesra dengan  Song Yeo-ool. Cha Do-yeong, seorang pelakon yang  kurang mendapat perhatian, mengikuti Nam Ji-seon  kerana ingin mendapati perhatian ramai. 

Drama misteri ini boleh ditonton di K-Plus (Astro GO  Saluran 396 HD).

Related posts

“How Do You Play?” No. 1 Dalam Ranking Reputasi Jenama Rancangan Variety Untuk Bulan Ogos

Zulaikha

“Emergency Declaration” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh Kurang 4 Hari

Zulaikha

“Hansan: Rising Dragon” Berjaya Lepasi 4 Juta Penonton

Zulaikha

“Alchemy of Souls” Akan Berehat Seminggu

Zulaikha

Confidential Assignment 2: Yoo Hae Jin Kembali Sebagai Rakan Sekerja Hyun Bin Dalam Gambar Terbaru

Zulaikha

[TRAILER] Alami Ketakutan PENGABDI SETAN 2 – COMMUNION Apabila Ia Ditayangkan Di Pawagam 11 Ogos Ini

Kakimuvee

Leave a Comment