Motion Picture Association of America (MPAA) telah mengeluarkan klasifikasi dan rating filem Godzilla: King of Monsters iaitu PG-13. Ini berdasarkan terdapat beberapa babak yang menampilkan aksi keganasan dan juga dialog yang agak kasar dan tidak sesuai untuk didengari kanak-kanak.
Filem yang diberi rating PG-13 boleh ditonton semua lapisan umur tetapi kanak-kanak berusia bawah 13 tahun wajib disertai ibubapa.
Godzilla: King of Monsters telah menjalani tayangan ujian pada Mac yang lalu dan telah menerima maklumbalas positif dari penonton yang menyaksikan tayangan ujian tersebut. Terdapat dari mereka mengatakan filem ini sangat hebat.
Filem yang dibintangi Vera Farmiga, Millie Bobby Brown, Sally Hawkins, Ken Watanabe, Bradley Whitford, Thomas Middleditch, Charles Dance, O’Shea Jackson Jr., Aisha Hinds dan Zhang Ziyi ini bakal menemui penonton pada 31 May 2019