
Perubahan jadual siaran disebabkan musim perayaan menyaksikan rating drama KBS, Cheat on Me If You Can menurun.
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod 6 Januari drama tersebut merekodkan purata rating sebanyak 2.4 dan 3.1 peratus. Ini merupakan penurunan berbanding episod minggu lalu yang mencatatkan rating 3.6 peratus, dan juga rating terendah setakat ini.
Sementara itu di JTBC, drama Run On kekal mantap dengan rating sebanyak 2.753 peratus, penilaian yang sama dengan episod minggu lalu. Di tvN, rating True Beauty melonjak ke 3.892 peratus, walaupun tidak disiarkan pada minggu lalu.
Akhir sekali, rancangan variety terbaru SBS, Fantasy House memulakan siarannya dengan rating sebanyak 2.8 dan 3.4 peratus.