
Filem keempat John Wick telah membuat tayangan perdana dan tayangan awal kepada para pengkritik di AS. Sehubungan itu, beberapa ulasan telahpun dikeluarkan laman pengulas filem antarabangsa dengan rata-ratanya memberi ulasan positif terhadap filem terbaru lakonan Keanu Reeves itu.
Dan seperti kebiasaannya, mereka juga meletakkan rating serta ulasan pendek di laman aggregator popular Rotten Tomatoes. Sehinggakini, John Wick: Chapter 4 telah menerima 43 ulasan dari pengulas dan mendapat markah 88%, rating segar Rotten Tomatoes.
Kritik konses juga memuji filem John Wick: Chapter 4 yang menjanjikan aksi-aksi menarik yang bakal dinikmati penonton.
“John Wick: Chapter 4 piles on more of everything — and suggests that when it comes to a well-dressed Keanu Reeves dispatching his enemies in lethally balletic style, there can never be too much”
John Wick: Chapter 4 diumumkan buat pertama kali selepas hujung minggu pembukaan John Wick: Chapter 3 – Parabellum yang memecahkan rekod dengan mencatatkan kutipan lebih AS$300 juta di seluruh dunia. Ansuran keempat akan menampilkan kepulangan Keanu Reeves sebagai pembunuh upahan, yang kali terakhir dilihat mengalami pelbagai kecederaan selepas terjatuh dari puncak Hotel Continental.
Menyertai Reeves adalah veteran francais Lance Reddick, dan Ian McShane serta pendatang baru, bintang popstar Jepun-British Rina Sawayama untuk debut lakonannya, Shamier Anderson, Bill Skarsgard, Clancy Brown, Hiroyuki Sanada dan Donnie Yen, yang dilaporkan akan membawa watak rakan lama John Wick.
John Wick: Chapter 4 diarahkan oleh Chad Stahelski dari lakon layar yang ditulis bersama oleh Shay Hatten dan Michael Finch, yang mengambil alih daripada pencipta francais Derek Kolstad. Ia diterbitkan oleh Basil Iwanyk, Erica Lee, dan Stahelski dengan Reeves dan Louise Rosner sebagai penerbit eksekutif.
John Wick: Chapter 4 akan ditayangkan di pawagam tempatan mulai 23 Mac ini.