Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Rating Awal Rotten Tomatoes “Black Panther: Wakanda Forever” Telah Didedahkan, & Ianya Semakin Menurun


Rating awal Rottoen Tomatoes Black Panther: Wakanda Forever telah didedahkan!. 

Embargo untuk ulasan Black Panther: Wakanda Forever telahpun tamat, dan para pengulas profesional telah menilai filem sekuel terbaru MCU itu di Rotten Tomatoes bermula awal pagi tadi. Di akaun Instagram rasmi, Rotten Tomatoes telah mendedahkan rating Black Panther 2 iaitu sebanyak 93% dari 75 ulasan.

Namun, apabila semakin banyak ulasan mula dimasukkan ke laman aggregator filem itu, rating Black Panther 2 mula menurun ke tahap 88% dari 123 ulasan. 

Dijangkakan lebih banyak ulasan profesional akan masuk ke Rotten Tomatoes pada minggu ini, dan kita tunggu dah lihat sejauh manakah rating yang akan diperolehi oleh filem terbaru MCU itu. 

Black Panther: Wakanda Forever sekali lagi diarahkan oleh Ryan Coogler daripada lakon layar yang ditulis olehnya bersama Joe Robert Cole.


Ia menyaksikan banyak pelakon asal kembali, termasuk Lupita Nyong’o sebagai Nakia, Danai Gurira sebagai Okoye, Angela Bassett sebagai Ramonda, Martin Freeman sebagai Everett K. Ross, Letitia Wright sebagai Shuri, Winston Duke sebagai M’Baku, dan Florence Kasumba sebagai Ayo.

Menyertai mereka ialah pendatang baharu francais seperti Tenoch Huerta (Narcos: Mexico) sebagai Namor, Michaela Coel (I May Destroy You) sebagai Aneka, Mabel Cadena sebagai Namora, dan Alex Livinalli sebagai Attuma.

Filem terbaru MCU ini akan ditayangkan di pawagam tempatan mulai 10 November ini.


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee