Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Rapper T.I. Tidak Kembali Dalam “Ant-Man and Wasp: Quantumania”


Penyanyi rapper dan juga pelakon Clifford Harris – atau dikenali sebagai T.I. – secara rasmi tidak akan kembali meneruskan peranannya sebagai Dave dalam filem “Ant-Man and Wasp: Quantumania”, lapor The Hollywood Reporter.

Berita ini muncul setelah pemuzik itu bersama isterinya Tiny, dituduh atas sejumlah tuduhan jenayah termasuk penderaan seksual, penculikan, serangan, gangguan dan banyak lagi. Tuduhan itu dibuat oleh sebelas mangsa, yang diwakili oleh peguam Tyrone A. Blackburn. Namun, semua tuduhan itu dinafikan penguam yang mewakili T.I.

Pihak studio bagaimanapun tidak menjelaskan sebab kenapa T.I tidak terlibat dalam ‘threequel’ akan datang.

T.I. telah muncul dalam dua filem pertama “Ant-Man” sebagai Dave, dan wataknya adalah sebahagian daripada krew bekas banduan yang diketuai Scott Lang dan diperkenalkan kepada Lang oleh karakter kegemaran peminat, Luis lakonan Michael Pena. 

Dalam “Ant-Man and The Wasp: Quantumania”, Paul Rudd dan Evangeline Lilly sekali lagi membawa watak Scott Lang/Ant-Man dan Hope Van Dyne/Wasp. Michael Douglas dan Michelle Pfeiffer turut kembali, manakala Michael Peña dan David Dastmalchian berkemungkinan besar meneruskan peranan masing-masing dalam filem akan datang. 


Watak Cassie Lang akan dilakonkan oleh Kathryn Newton, menggantikan tempat Emma Fuhrmann yang memainkan watak remaja Cassie semasa dalam filem “Avengers: Endgame”. Awal tahun ini telah diumumkan bahawa Jonathan Majors akan memainkan peranan Kang the Conqueror, watak penjahat komik Marvel yang bakal membentuk perjalanan MCU Fasa 4. 

“Ant-Man and The Wasp: Quantumania” akan diarahkan oleh Peyton Reed berdasarkan skrip yang ditulis oleh Jeeff Lovenss (Rick & Morty). Filem ketiga “Ant-Man” ini akan ditayangkan pada 2022. 


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee