Rani Kulup Kecewa Dipermainkan Oleh Astro

261
views

Peserta-Super-Spontan-All-Stars

Tahukah anda berita yang mengatakan Ayahanda Rani Kulup akan dijemput sebagai tetamu khas dalam rancangan Super Spontan All Star 2015 yang ditayangkan di Stesen Astro? Mesti ramai yang tahu berita ini kerana ianya telah terpampang di dada-dada akhbar bahagian hiburan yang menyatakan bahawa Rani Kulup akan dijemput sebagai tetamu khas rancangan lawak tersebut.

Tetapi baru-baru ini, Rani Kulup telah melahirkan rasa kecewa terhadap stesen penyiar Astro apabila tidak memberi khabar berita mengenai penglibatan beliau dalam rancangan lawak tersebut.

Baca Super Spontan All Star 2015

Ini dinyatakan dilaman Facebook Rani Kulup yang mengatakan dia tidak menerima sebarang jemputan dalam episod pertama Super Spontan All Star 2015, malah Astro melalui rancangan Akademi Fantasia telah membatalkan kemunculan beliau dalam rancangan realiti TV itu tanpa alasan yang kukuh.

Rani Kulup

Rani Kulup sempat berseloroh samada mahu untuk membuat report polis terhadap stesen penyiar tersebut kerana mempermainkan dia dan juga harapan peminat yang mahu melihat kemunculan beliau di kaca televisyen. Malah bukan itu sahaja, beliau turut berura-ura ingin menyaman stesen penyiar tersebut.

Rani Kulup 1

Apapun, tindakan Astro membisu seribu bahasa tentang jemputan yang sepatutnya diterima oleh Rani Kulup adalah amat tidak wajar. Ini kerana seolah-olah mempermainkan individu. Jika mereka sebenarnya tiada langsung plan untuk membawa Rani Kulup masuk ke dalam rancangan mereka, maka tidak perlulah menabur janji dan mewar-warkan berita ini kepada umum.

Jika mereka terlepas pandang dalam hal ini, seharusnya mereka menghubungi Rani Kulup dan terangkan situasi yang sebenar