Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Randy McKinnon Akan Menulis Skrip “Static Shock”


Projek adaptasi komik DC Static Shock mula menunjukkan kemajuan apabila Warner Bros. Pictures memilih Randy McKinnon (Safety) sebagai penulis skrip untuk filem akan datang, The Hollywood Reporter.

Projek filem itu akan diterbitkan Michael B. Jordan (Just Mercy) menerusi syarikat penerbitannya Outlier Society bersama-sama Reginald Hudlin (Safety).

Static, alter ego Virgil Hawkins, membuat debutnya dalam komik eponim dengan judul sama pada tahun 1993 dari Milestone Comics –  penerbitan yang diasaskan oleh penulis dan seniman Kulit Hitam yang ingin mencipta ruang yang lebih inklusif. Dia kemudiannya menjadi bintang yang lebih besar melalui siri animasi Static Shock, di mana dia disuarakan oleh Phil LaMarr (Samurai Jack).

Static Shock mengikuti kisah remaja yang berubah menjadi superhero setelah terdedah kepada gas pelik dan mendapat kuasa elektromagnetik. Dia akhirnya melangkah ke garis komik DC arus perdana pada tahun 2008.

Terdahulu, pengarah Reginald Hudlin telah mendedahkan penerbitan filem Static Shock pada Ogos tahun lalu di program DC FanDome, serta pelancaran semula Milestone dan komik digital Static Shock, yang kini telah berada dipasaran sejak Februari yang lalu.



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee