Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rancangan Realiti “House On Wheels” Kembali Untuk Musim Ketiga, Im Siwan Terpaksa Berundur

Rancangan realiti tvN House on Wheels kembali untuk musim ketiga!

Pada 4 Ogos, tvN mengesahkan, “Musim ketiga ‘House on Wheels’ dijadualkan tayangan pada Oktober ini“. Musim terbaru bagaimanapun tidak akan melibatkan Im Siwan yang terpaksa berundur dari program tersebut disebabkan masalah jadual. 

“Im Siwan akan berundur (dari rancangan ini) disebabkan masalah jadual”, kata wakil tvN.

House on Wheels adalah rancangan variety yang menunjukkan para pelakon menjelajah seluruh Korea dalam sebuah rumah mudah alih dan membawa bersama orang-orang yang istimewa kepada mereka, seperti rakan atau keluarga.

Musim pertama program, yang ditayangkan pada tahun 2020, menampilkan barisan pelakon seperti Sung Dong Il, Kim Hee Won, dan Yeo Jin Goo. Im Siwan menggantikan Yeo Jin Goo pada musim kedua, yang berakhir pada bulan Jun tahun ini. Buat masa ini, pelakon yang akan menggantikan tempat Im Siwan masih belum diketahui. 

Penonton sangat teruja untuk mengetahui siapa yang akan muncul sebagai tetamu kali ini. Beberapa selebriti yang pernah hadir dalam rancangan House on Wheels sebelum ini adalah Gong Hyo Jin, Ha Ji Won, Kim Dong Wook, dan Oh Jung Se.

Related posts

Teaser Baru Jirisan Papar Gandingan Hebat Gianna Jun & Ju Ji-hoon

Zulaikha

TUDUM: Netflix Umum Jadual Pelancaran Untuk Filem & Siri Korea Yang Akan Datang

Zulaikha

“Yumi’s Cells” Capai Rating Tertinggi, “One The Woman” Kekal No. 1

Zulaikha

iQiyi Sebarkan Cinta Terhadap Hallyu Dengan 9 buah K-Drama dan Filem Hebat di Suku Tahun Ke-4

Zulaikha

Rating “Hometown” Meningkat Pada Episod Ke-2, “Dali And Cocky Prince” Kekal No. 1

Zulaikha

SERIGALA LANGIT TAYANG DI ASTRO FIRST 25 SEPTEMBER 2021

Kakimuvee

Leave a Comment