Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Siri TV

Rancangan Bersiri “His Dark Materials Boleh Ditonton Mulai Esok Di Saluran HBO (Astro Ch 411 / 431 HD) & HBO GO

Siri ‘orginal’ HBO, His Dark Materials boleh ditonton mulai 5 November, jam 10 pagi dan siaran ulangan pada jam 10 malam hari yang sama di saluran HBO (Astro Ch 411 / 431 HD) & HBO GOEpisod baru akan disiarkan pada setiap Selasa jam yang sama. 

Diadaptasikan dari trilogi buku berjudul sama karya Philip Pullman, ia mengisahkan tentang Lyra (Dafne Keen), seorang wanita muda yang kelihatan biasa, tetapi berani. Dalam usaha mencari seorang rakannya yang diculik, dia telah dapat membongkar plot jahat yang melibatkan penculikan kanak-kanak dan terus berusaha untuk memahami fenomena misteri yang dikenali sebagai ‘Dust’.

Siri ini turut dibintangi pelakon seperti Ruth Wilson sebagai Mrs. Coulter, Lin-Manuel Miranda sebagai Lee Scoresby, James McAvoy sebagai Lord Asriel, Clarke Peters sebagai The Master of Jordan College, James Cosmo sebagai Farder Coram dan Anne-Marie Duff sebagai Ma Costa, serta Will Keen sebagai Father MacPhail dan Ariyon Bakar  sebagai Lord Boreal.

His Dark Materials diterbitkan oleh Bad Wolf dan New Line Cinema untuk HBO dan BBC One. Dua episod pertama ditulis oleh Jack Thorne (Wonder), dan diarahkan oleh Tom Hooper (Les Misérables)

Trailer His Dark Materials

Related posts

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Kedua “Sweet Tooth”

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Tarikh Tayangan Siri Disney+ “Hawkeye” Telah Ditetapkan

Kakimuvee

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

Two seasons of unscripted series Selena + Chef to debut in Asia August 12 on HBO GO

Isqandar