Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Rancangan Animasi Boboiboy Ke Layar Perak

BoBoiBoy_The_Movies

Rancangan animasi nombor satu negara, Boboiboy akan ke panggung wayang di seluruh negara pada 3 Mac 2016. Siri animasi Boboiboy ini telah dihasilkan oleh syarikat produksi Animonsta Studios.

Filem yang akan ditayangkan ini berdurasi selama satu jam 40 minit dan dikatakan berbeza dengan kisah yang ditayangkan dalam siri televisyen. Filem yang bakal ditayangkan ini lebih mengisahkan Kumpulan Tengkotak dalam misi mencari sfera berkuasa luar biasa yang tersorok dibumi.

Seperti biasa Boboiboy, Gopal, Ochobot, Yaya, Ying dan Fang dan rakan-rakannya yang lain akan berkerjasama bagi menghalang rancangan jahat kumpulan Tengkotak yang ingin mendapatkan kuasa dari sfera tersebut.

Filem animasi ini bakal menampilkan watak baru iaitu kumpulan makhluk asing Tengkotak dan robot purba Klamkabot.

Menurut Pengarah dan penulis skrip, Nizam Razak berkata, Animonsta Studios merancang menerbitkan rancangan animasi ini dalam bentuk filem sejak awal penubuhan lagi.

“Filem ini bukan kesinambungan siri televisyen kerana mempunyai jalan cerita tersendiri. Peminat sudah tentu teruja kerana Boboiboy dan gengnya ada kuasa baru dengan beberapa watak baru,” katanya.

Selain itu juga, filem Boboiboy The Movie ini juga akan ditayangkan di Indonesia pada 13 April 2016.

Sementara menunggu filem animasi ini di pawagam, saksikan siri televisyen animasi ini di saluran TV3 pada setiap Selasa hingga Jumaat, jam 5 petang. Manakala siaran Sabtu pada jam 10 pagi.

Maklumat lanjut mengenai filem ini anda boleh melayari laman web www.boboiboythemovie.com.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment