Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Rambo: Last Blood Diklasifikasikan Sebagai ‘R-rated’

Bersediakah anda untuk menyaksikan John Rambo membunuh kejam musuh-musuhnya? Pelakon dan penulis bersama filem Rambo: Last Blood, Sylvester Stallone telah mengesahkan bahawa filem lakonannya itu telah menerima klasifikasi ‘R-rated’ dari Persatuan Wayang Gambar Amerika (MPAA).

Dia memaklumkan kepada peminat menerusi pautan yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/B0i5Jt_p5dh/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Babak kali ini menyaksikan Rambo lakonan Sylvester Stallone, tertekan dengan memori lampaunya, tinggal keseorangan disebuah rumah usang yang terletak di Arizona dan perlu meneruskan hidup dikala usia yang semakin tua.

Bagaimanapun, dia menerima berita yang kurang menyenangkan dimana cucu perempuannya telah hilang di Mexico. Dalam usaha mencari, Rambo mendapati cucunya telah diculik oleh penjenayah. Dengan mengunakan kudrat dan skill yang ada, Rambo sekali lagi keseeorangan menumpaskan mereka dan menyelamatkan cucunya.

Rambo: Last Blood diarahkan oleh Adrian Grunberg, manakala skrip turut ditulis oleh Matt Cirulnick. Turut membintangi filem ini adalah Adriana Barraza, Paz Vega, Yvette Monreal, Sergio Peris-Mencheta, Oscar Jaenada, dan Joaquín Cosío

Filem kelima dalam Rambo saga ini dijangka akan menemui penonton pada 19 September 2019

Related posts

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

[VIDEO] Prolog ‘Jurassic World Dominion’ Membawa Peminat Kembali 65 Juta Tahun Yang Lalu

Kakimuvee

Leave a Comment