Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Rambo 5 Bakal Dihasilkan, Kali Ini Akan Menentang Kartel Dadah Mexico

Aktor veteran Sylvester Stallone dilaporkan akan menghasilkan filem kelima Rambo yang mungkin akan berjudul Rambo: New Blood tidak lama lagi. Menurut laman web Deadline via Movieweb.com, aktor tersebut mungkin akan menjadi pengarah serta penulis lakonlayar filem tersebut bersama-sama James Byron Huggins manakala Avi Lerner’ akan bertindak selaku penerbit.

Stallone yang kini sedang dalam projek pembikinan filem Creed 2 dijangka akan memulakan penggambaran filem Rambo 5 itu dalam bulan September tahun ini.


Plot filem Rambo 5 dikatakan akan bertempat di sempadan US-Mexico dimana Rambo cuba menyelamatkan anak perempuan rakannya yang diculik kartel dadah Mexico. Dijangkakan filem terbaru Rambo ini akan menampilkan banyak aksi dan keganasan semasa Rambo cuba menyelamatkan gadis yang diculik.

Stallone sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk tidak lagi membawakan watak Rambo selepas filem keempat yang diterbitkan pada tahun 2008. Namun, perkembangan terbaru ini mungkin akan menyaksikan peminat Rambo dapat melihat kembali aksi veteran perang Vietnam ini menentang penjahat.

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment