Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Rajinikanth Jalani penggambaran filem Kabali Di Malaysia

Baahubali-writer-to-direct-Rajinikanth

Legenda filem Tamil, Rajinikanth telah tiba di Malaysia untuk untuk penggambaran filem terbaharunya, ‘Kabali’.

Beliau disambut meriah oleh beberapa pihak media tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Satu sidang media ringkas telah diadakan kira-kira jam 6.20 petang tadi di lapangan terbang tersebut bagi menyambut kehadiran Rajnikanth secara rasmi di Malaysia.

Difahamkan, beliau akan berada di sini selama sebulan bagi rakaman filem terbaharunya itu.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Presiden Parti Makkal Sakti, Datuk R.K Ramesh dan ahli Parti Makkal Sakthi Malaysia, Datuk V. Pulainthiran yang juga merupakan pengerusi penganjur lawatan ini.

Sebelum ini, timbul desas-desus berhubung kelewatan dan perubahan dalam jadual penggambaran filem tersebut..

YSCFN melaporkan bahawa dalam jadual asal filem itu, ia memerlukan tempoh penggambaran selama tiga bulan di Malaysia.

Namun, faktor keselamatan serta peraturan membabitkan penggambaran di luar negara menjadi faktor kepada keputusan itu diubah pada saat akhir.

Sebaliknya, sebuah set yang “menyerupai beberapa latar belakang Malaysia” sedang dibina.

‘Kabali’ merupakan filem Rajinikanth ke-159.
Di dalam filem itu, beliau memegang watak ahli akademik, yang dikatakan berdasarkan kepada figura sebenar.

Untuk filem ini, beliau memilih menggunakan krew penggambaran sama yang digunakan dalam pembikinan filem Tamil ‘Madras’.

‘Kabali’ dijangka mula ditayangkan pada April tahun depan.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment