Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Raja Ilya Enggan Dedah Berita Baik Kepada Umum

Sumber Gambar: www.lipstiq.com

Raja Ilya mendedahkan buat masa ini dia tidak akan lagi berkongsi apa-apa berita baik kepada umum berikutan kecewa apabila dia dikecam hebat selepas dia menolak tawaran berlakon filem adiwira Marvel. Beliau meluahkan perasaannya itu kepada wartawan yang menemubualnya baru-baru ini

“Bila saya kongsi berita baik, mendapat peluang seperti ini, respons yang saya dapat adalah sebaliknya. Mereka bukan beri sokongan, tetapi kutukan bertalu-talu, tanpa henti berbulan-bulan lamanya. Sebab itulah saya rasa selepas ini tidak perlu lagi berkongsi berita baik kepada umum. Mereka tak perlu diberitahu apa-apapun, supaya kita sebagai artis tidak lagi dikecam atau dikutuk supaya mereka lebih berpuas hati,” 

Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad menegaskan dia tidak berasa malu atau ralat langsung apabila tidak dapat menyertai filem Marvel kerana dia mempertahankan prinsip diri.

Pelakon Soulmate Hingga Jannah ini berkata sekiranya dia menerima tawaran itu, dia berkemungkinan akan dibuang oleh keluarga atau lebih parah dibuang negara.

Dia bagaimanapun sehingga kini enggan mendedahkan punca utama mengapa dia menolak tawaran berlakon sejak pulang dari Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Dalam pada itu, Raja Ilya berkata dia tidak pulang dengan tangan kosong, sebaliknya mendapat pelawaan oleh pengarah dan produksi untuk membintangi sebuah filem di sana.

Sementara itu, pelakon berusia 32 tahun itu kini sedang sibuk dengan penggambaran sebuah drama terbitan Dark Wave, dan bakal terlibat dengan sebuah filem aksi tidak lama lagi.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Hidangan Istimewa Raya Dari Monsta

Kakimuvee

[TRAILER] Jay Zulkarnain Kembali Dalam Sekuel J2: J Retribusi, Eksklusif Di Disney+ Hotstar MY

Kakimuvee

MENCARI RAHMAT Inspirasi Daripada Naskah Terkenal Oscar Wilde ‘The Importance Of Being Earnest’

Kakimuvee

Nikmati Podcast Ramadan Baharu Di SYOK, ‘The Deen Hustlers Show’ & ‘Hikmah’ Musim ke-2

Zulaikha

Kerana Barkoba “18 Puasa Di Kampong Pisang” Kutip RM1 Juta Dalam Masa 3 Hari

Kakimuvee

TRAILER 18 Puasa Di Kampong Pisang: Barkoba Ingin Kongsi Rezeki Bersama Masyarakat

Kakimuvee