Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Raja Ilya Berkolaborasi Dengan Produksi Indonesia Terbitkan Filem Berbudget Besar

Pelakon Raja Ilya bakal mengembangkan lagi sayapnya dalam dunia seni apabila bakal menerbitkan sebuah filem bersama-sama pasukan produksi dari Indonesia. Menurut pelakon tersebut, filem yang masih dalam perancangan itu akan dihasilkan dengan modal yang begitu tinggi.

“Apa yang boleh saya katakan, filem berbajet tinggi ini bakal direalisasikan bersama sebuah syarikat dari Indonesia. Skripnya pula dihasilkan pasukan saya sendiri.

“Kami sudah melalui proses fasa ketiga pra produksi terutama memperkemaskan lagi skrip dan memilih barisan pelakon. Boleh dikatakan sebahagian besarnya pelakon Indonesia, manakala tenaga belakang tabir digerakkan pasukan Malaysia,” 

Dalam pada itu, pelakon tersebut turut mengambil keputusan untuk tidak lagi berkongsi setiap perkembangan termasuk hal peribadi selagi ia belum ada ‘hitam putih’.

Pelakon berusia 33 tahun itu berkata demikian selepas dikecam hebat oleh netizen apabila dia menarik diri daripada produksi filem terbitan Marvel Studios.

Raja Ilya jelaskan dia tidak terkilan apabila terpaksa menolak tawaran membintangi filem Hollywood itu, sebaliknya kesal dengan sikap segelintir pihak yang menuduhnya cuba mencari publisiti murahan sedangkan mereka tidak tahu apa-apa.

“Pengajaran yang saya terima cukup besar dan jadi peringatan. Ini kerana di luar sana bukan semua orang suka kita dan mereka bertepuk untuk lihat kita jatuh.”

Sumber: Cinema Online

Related posts

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (2021) – Episod: 21-25

Ahmad Fariszuan

Aku Yang Kau Gelar Isteri eksklusif di iQiyi

Zulaikha

MAFE Gesa Kerajaan Benarkan Sektor Pawagam Kembali Beroperasi

Isqandar

Lebih RM3 Bilion Setahun dicuri daripada Kegiatan Cetak Rompak

Isqandar

Radio ERA perkenal ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ dengan Sherry Alhadad

Zulaikha

[Trailer] Filem “Selamat Hari Tak Jadi” Akan Menemui Penonton Pada 25 Februari Ini!

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman