Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Raja Ilya Bakal Muncul Dalam Filem Marvel

Pelakon jelita Raja Ilya mendedahkan bahawa dia bakal membintangi filem Hollywood dari francais Marvel pada hujung tahun ini.

Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai filem tersebut.

“Saya sudah ‘confirm’ akan menjalani penggambaran untuk salah sebuah filem Marvel pada hujung tahun ini, tapi judulnya masih belum ditentukan lagi oleh itu saya tidak dapat nak dedahkan butiran lanjut mengenai filem ini,” ujarnya yang ditemui pada majlis pratonton filem “Soulmate Hingga Jannah” di mmCineplex eCurve baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun itu turut mendedahkan bahawa dia akan menjalani latihan selama lapan bulan di Indonesia dengan pelakon terkenal Indonesia, Yayan Ruhian (“Star Wars: The Force Awakens” dan “The Raid”) sebelum masuk ke set.

Sementara itu, bercerita pula mengenai filem terbarunya, “Soulmate Hingga Jannah”, pelakon yang mesra dengan panggilan Ilya berkata dia tidak mengambil tempoh yang lama berfikir apabila ditawarkan untuk berlakon dalam filem ini.

Ini kerana ia merupakan salah satu hasratnya untuk bekerja dengan pengarah tersohor tanah air Datuk Profesor Dr A Razak Mohaideen selain bergandingan dengan Primadona Malaya, Erra Fazira dan juga penyanyi dan pelakon terkenal Singapura, Taufik Batisah.

Selain itu, filem terbitan FiTA Studios ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Dato’ Rahim Razali, Reen Rahim, Douglas Lim, Nad Zainal dan ramai lagi.

“Soulmate Hingga Jannah” akan menemui penonton di seluruh negara, Singapura dan Brunei serentak pada 16 Februari ini.

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment