Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Raja Ilya Bakal Mulakan Penggambaran Filem Captain Marvel Tidak Lama Lagi?

Sumber Gambar: www.lipstiq.com

Ramai sebenarnya peminat-peminat tempatan tertanya-tanya apakah filem Marvel yang bakal dibintangi oleh pelakon Raja Ilya selepas khabar mengenai penglibatannya dalam penggambaran filem Marvel tersebar sejak tahun lepas.

Walaupun dikaitkan dengan filem Captain Marvel, Raja Ilya tetap mengambil sikap ‘mengunci mulut’ dengan tidak mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai filem yang bakal dibintanginya itu kepada peminat. Tindakannya itu telah mengundang presepsi negatif terhadap pelakon berkenaan.


Bagaimanapun, beberapa gambar terbaru yang dimuatnaik oleh pelakon berkenaan dilaman Instagramnya mungkin dapat mengesahkan bahawa Raja Ilya akan menyertai Carol Danvers dan beberapa pelakon lain di set penggambaran Captain Marvel tidak lama lagi.

A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on

Gambar yang dimuatnaik oleh Raja Ilya itu telah di’tag’ lokasinya di Lapangan Terbang Los Angeles. Jadi kemungkinan besar, pelakon tersebut terbang ke sana untuk terlibat dalam penggambaran filem Captain Marvel. Untuk pengentahuan anda semua, lokasi penggambaran terbaru Marvel itu adalah bertempat di Los Angeles dan mereka telahpun memulakan penggambaran beberapa minggu yang lalu.

Jika andaian ini benar, kita nantikan gambar pertama Raja Ilya diset penggambaran Captain Marvel. Agak-agak apakah watak yang bakal dilakonkan oleh beliau dalam filem ini nanti?

Related posts

Netflix Perbaharui Siri Antologi Animasi Dewasa “Love, Death + Robots”

Kakimuvee

Sony Rancang Filem “Karate Kid” Baharu

Kakimuvee

Durasi Tayangan “John Wick 4” Mungkin Paling Panjang Dalam Francais

Kakimuvee

Saksikan Ash & Aish di Saluran Astro Ria Pada Setiap Isnin Hingga Khamis, 10 Malam

Zulaikha

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”

Kakimuvee

Leave a Comment