Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Raja Ilya Akan Muncul Dalam Filem Seram, The Millionaire


Pelakon filem Soulmate Hingga Jannah dan Luqman, Raja Ilya akan muncul dalam filem terbaru lakonannya yang berjudul The Millionaire. Filem bergenre seram itu diarahkan oleh pengarah filem Sofia J. Rhyland bakal menampilkan beberapa pelakon seperti Haris Baba yang merupakan penyanyi dari Singapura, Mokhtaruddin, Edyka Yusof, Aman Shah, Julia Ziegler, Syafiq Nazri dan Sarah Shahir.

Dalam filem tersebut, Raja Ilya akan membawakan watak Zana, iaitu seorang yang gagap. Berkata mengenai wataknya pada akhbar Harian Metro, Raja Ilya mendedahkan watak tersebut mencabar kemampuan dirinya kerana perlu menjadi seorang yang gagap.

“Zana adalah isteri kepada usahwan muda iaitu Hakimi. Dia isteri dan ibu yang baik dan sangat menyayangi suami serta dua anak kembarnya.

“Apa yang mencabar, saya perlu mengekalkan momentum untuk karakter gagap. Saya juga tidak ada masalah untuk mendapat keserasian dengan Harris sebagai suami isteri kerana pernah bekerjasama dengannya sebelum ini”

Menurut pelakon itu juga, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran filem yang mula menjalani penggambaran sejak 6 Disember lalu.


Setakat ini, filem yang diterbitkan oleh Durian Media Networks Sdn Bhd masih belum mendedahkan bila ia akan ditayangkan nanti.


Related posts

Raja Ilya Berkolaborasi Dengan Produksi Indonesia Terbitkan Filem Berbudget Besar

Is Mohd

Dr Soo Wincci Cuba Tembusi Hollywood

Kakimuvee

Apa Kata Selebriti Selepas PRU 14 Semalam

Is Mohd

Raja Ilya Enggan Dedah Berita Baik Kepada Umum

Is Mohd

MBO Bakal Dibuka di Kempas, Johor & Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya

Is Mohd

Penggambaran Filem Abang Long Fadil 3 Akan Bermula Selepas Raya

Is Mohd