Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rain Disahkan Membintangi Drama Perubatan Fantasi Terbaru “Ghost Doctor”


Rain bakal kembali sebagai pelakon.

Penyanyi popular, Jung Ji-hoon atau dikenali sebagai Rain disahkan menyertai drama fantasi perubatan berjudul “Ghost Doctor” (tajuk literal) dengan memainkan peranan utama sebagai Cha Young Min. 

“Ghost Doctor” digambarkan sebagai siri televisyen yang menggabungkan elemen supernatural dan perubatan. Ia mengenai dua doktor yang tidak jauh berbeza dalam kemahiran dan keperibadian, tetapi akhirnya menggabungkan roh dan badan dalam pemilikan yang membingungkan

Projek terbaru ini akan diarahkan oleh Boo Sung Chul (Heirs, Our Gap Soon) dan ditulis oleh Kim Sun Soo (Live Up to Your Name). Selain peranan Rain, butiran lanjut mengenai drama terbaru ini masih belum didedahkan.

Ini merupakan drama pertama Rain dalam tempoh dua tahun selepas dia membintangi drama MBC berjudul “Welcome 2 Life” pada 2019.


“Ghost Doctor” akan diterbitkan Bon Factory, produksi yang telah mengeluarkan drama hit seperti “Master’s Sun,” “She Was Pretty,” “What’s Wrong With Secretary Kim,” “Encounter,” dan banyak lagi.

Drama ini dijangka keudara pada pertengahan 2021.

Sumber: kdramapal


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee