Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Rahsia Pengasuh Terbongkar Dalam Filem Seram BABA YAGA: TERROR OF THE DARK FOREST

GSC Movies akan membawakan kepada penonton sebuah filem seram dari Russia berjudul Baba Yaga: Terror of The Dark Forest, tayangan 26 Mac ini. Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.

Berkisarkan tentang Egor dan keluarganya yang baru berpindah ke sebuah pangsapuri yang terletak di pinggir bandar. Ibu bapanya kemudian mengupah seorang pengasuh untuk adik perempuannya yang baru lahir. Egor mendapati pengasuh itu berkelakuan aneh tetapi ibu bapanya tidak mempercayainya, tambahan lagi selepas mereka melihat keadaan yang normal menerusi kamera litar tertutup.


Suatu hari, pengasuh itu telah hilang bersama adik perempuannya, sementara ibu bapanya pula lupa bahawa mereka mempunyai anak perempuan. Dengan bantuan rakan-rakannya, Egor cuba menyiasat dan mendapat tahu pengasuh itu adalah iblis Slavic purba yang dikenali sebagai Baba Yaga.

Filem seram ini dibintangi pelakon seperti Oleg Chugunov, Glafira Golubeva, Artyom Zhigulin, Maryana Spivak, dan Svetlana Ustinova.

Related posts

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

[VIDEO] CAVE RESCUE: Misi Menyelamat Pelajar Yang Terperangkap Dalam Gua Tham Luang

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Kongsikan Trailer & Poster Terbaru Siri Star Wars “ANDOR’ Yang Akan Datang

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Klip Video She-Hulk: Attorney At Law Latihan Diantara Hulk & Jennifer

Kakimuvee

[TRAILER] Alami Ketakutan PENGABDI SETAN 2 – COMMUNION Apabila Ia Ditayangkan Di Pawagam 11 Ogos Ini

Kakimuvee

Leave a Comment