Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

RAGAM DAN GELAGAT LELAKI DALAM ‘AHLI BAPAK BAPAK CLUB’


Penonton sering disajikan dengan kisah kaum hawa terutamanya golongan isteri atau para ibu yang banyak menghiasi karya drama tempatan. Manakala kisah-kisah yang menampilkan cabaran kaum adam khususnya yang bergelar bapa jarang diketengahkan. 

Sehubungan dengan itu, portal hiburan Gempak di bawah payung penjenamaan ‘Gempak Original Series’ dengan berbesar hati membawakan drama bersiri komedi romantik ‘Ahli Bapak Bapak Club’ yang mengangkat golongan lelaki, suami dan bapa moden dalam menghadapi konflik, persahabatan, kerjaya dan keluarga. 

Idea asal drama bersiri 10 episod arahan sutradara Tam Suhaimi ini dicetuskan oleh tenaga kreatif Gempak dengan kerjasama syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab untuk merealisasikan naskhah tersebut.

Drama bersiri ‘Ahli Bapak Bapak Club’ bakal bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 19 Mei 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) serta turut boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Manakala kapsul istimewa dalam format temu bual yang memaparkan pelbagai perkongsian santai pengalaman, nasihat serta tips menjadi bapa yang baik dan cool menampilkan karakter utama ‘Ahli Bapak Bapak Club’ iaitu Joe (Aiman Hakim Ridza), Bob (Luqman Hafidz) dan Nik (Steve Yap) pula akan ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 10.00 malam mulai 19 Mei 2021 secara eksklusif di kesemua platform digital Gempak.


Antara topik perkongsian menarik yang akan ditampilkan ialah ‘Cara Nak jadi Cool Dad’, ‘Trend Kesukaan Anak’, ‘Waktu Terbaik Untuk Me Time Seorang Bapak’ dan banyak lagi.


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee