Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Raffi Ahmad Nekad Memilih Ayu Ting Ting Bintangi Filem Dimsum Martabak Walaupun Dibantah Pengarahnya


Raffi Ahmad yang merupakan penerbit filem terkenal Indonesia mendedahkan bahawa beliau nekad memilih penyanyi Ayu Ting Ting untuk menerajui filemnya berjudul Dimsum Martabak walaupun keputusan itu pada mulanya tidak dipersetujui oleh pengarah Fajar Bustomi.

Menurut penerbit tersebut, tujuan beliau berbuat demikian adalah untuk membuktikan kehebatan pasukan produksinya.

“Saya nekad mengambil Ayu Ting Ting kerana saya sukakan kelainan, tapi saya tidak buat keputusan membuta-tuli, sebaliknya saya sudah merancang dengan baik. Saya ingin buktikan sesiapa pun pelakonnya, filem itu hebat bukan kerana pelakon sahaja tetapi kerana hasil kerja sepasukan,” ujarnya yang dipetik dari Wowkeren.

Perkara itu terbukti apabila Raffi berpuas hati selepas menonton filem itu ketika tayangan media baru-baru ini dan memuji hasil kerja sutradaranya, Fajar.

Dalam pada itu, Raffi enggan meletak sebarang sasaran jumlah tontonan kerana baginya dia kini mahu fokus untuk memuaskan hati penonton untuk melihat filem pertama Ayu.


Sementara itu, Ayu mendedahkan bahawa dia berdepan cabaran sepanjang penggambaran berlangsung dan antara paling mencabar baginya adalah menjayakan babak menangis di mana pengarah tidak berpuas hati dan memintanya melakukan banyak kali.

“Sukar untuk berlakon menangis. Saya perlu menangis tetapi pengarah tidak berpuas hati dan minta saya untuk menangis lagi.”

Dimsum Martabak akan menemui penonton di Indonesia pada 15 Jun ini.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee