Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Radio ERA perkenal ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ dengan Sherry Alhadad


Radio ERA hari ini mengumumkan kemasukan Sherry Alhadad, gandingan terbaharu segmen pagi ERA yang diberi nama ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ bersama Johan, Haniff, Ray dan Sherry. Segmen baharu ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ akan menemui para peminat ERA secara rasminya bermula 1 Mac, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.

 Sherry Alhadad, pengacara dan pelakon versatil di Malaysia, akan memeriahkan suasana pagi di ERA dengan suara, telatah dan celotehnya yang menggamit hati, turut dilengkapkan bersama gandingan Johan, Haniff dan Ray, membincangkan pelbagai topik menarik secara santai bersama para peminat seperti muzik, hiburan serta gaya hidup semasa.

Selain penambahan personaliti baharu di ERA, para peminat juga boleh terus berhibur dan menikmati pengisian menarik bersama ‘JoHaRaRy Pagi ERA’, pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi seperti: 

1. Sketsa JoHaRaRy, para peminat boleh berhibur dan bergelak ketawa dengan pelbagai sketsa atau cerita yang dilakonkan oleh Johan, Hanif, Ray dan Sherry.

2. Spontan ERA, di mana para peminat dapat berinteraksi bersama JoHaRaRy dengan permainan menarik seperti pantun dua kerat, soal-menyoal dan ayat penyata.


3. Sam Leper, di mana babak lakonan tentang Sam Leper, seorang ‘King of Motorsport’, membincangkan hal-hal motorsikal dengan penuh lawak jenaka.

“Kami sangat teruja memperkenalkan gabungan baharu ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ dengan menampilkan Sherry Alhadad sebagai personaliti baharu segmen pagi terkemuka kami. Dengan pengalaman Sherry sebagai seorang pelawak, pelakon dan pengacara TV tempatan, peminat-peminat ERA boleh menantikan segmen pagi yang memang ‘Ekstra Mantul’ dengan keserasian bersama personaliti-personaliti yang sedia ada.

Kami berterima kasih kepada semua peminat ERA atas sokongan mereka yang menjayakan radio ERA sebagai jenama radio No. 1 di Malaysia dan sentiasa berusaha untuk menawarkan kandungan yang relevan dan menghiburkan buat demografik peminat-peminat ERA. Kami juga berharap peminat ERA dapat terus berhibur dan menikmati pembaharuan ini bermula 1 Mac, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.” – Erman Zaki, Pengurus Kandungan ERA

Strim segmen pagi baharu sekarang bersama Johan, Haniff, Ray dan Sherry di aplikasi SYOK


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee