Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Rachel Zegler Bawa Watak Snow White Dalam Filem Aksi-Langsung Terbaru Disney

Menurut Deadline, bintang West Side Story Rachel Zegler telah dipilih untuk memainkan watak utama dalam filem aksi-langsung terbaru Walt Disney Studios berjudul Snow White. 

Setelah beberapa bulan mencari pelakon yang sesuai, bintang yang berusia 20 tahun itu secara rasmi dipilih untuk memainkan peranan Snow White, watak yang sebelumnya disuarakan oleh pelakon veteran Adriana Caselotti dalam filem animasi berjudul sama tahun 1937.

Menurut sumber, pengarah Marc Webb dan eksekutif studio sangat kagum dengan uji bakat Zegler, terutamanya ketika mereka melihat prestasi pelakon itu dalam filem muzikal West Side Story terbitan Steven Spielberg. Ini merupakan projek besar ketiga buat pelakon muda itu. Zegler kini sedang menjalani penggambaran filem terbaru Warner Bros. yang akan datang, Shazam! Fury of the Gods.

“Kemampuan vokal Rachel yang luar biasa hanyalah permulaan bakatnya. Kekuatan, kebijaksanaan dan keyakinannya akan menjadi bahagian penting untuk menemui semula kegembiraan dalam kisah dongeng klasik Disney ini,” kata Webb dalam satu kenyataan.

Adaptasi aksi-langsung Snow White akan berdasarkan pada filem animasi klasik pertama Disney bertajuk Snow White and the Seven Dwarfs yang telah ditayangkan lebih 80 tahun yang lalu, dan memulakan kejayaan Disney dengan filem-filem animasi. Snow White juga diilhamkan dari kisah dongeng Jerman tahun 1812 yang ditulis oleh Brothers Grimm.

Projek ini adalah sebahagian daripada senarai projek live-action Disney yang semakin bertambah seperti The Little Mermaid, Hercules, Pinocchio, dan Peter Pan & Wendy bersama dengan sekuel The Lion King, Aladdin, dan Cruella yang baru sahaja dilancarkan. 

Filem terbaru ini akan diarahkan oleh Marc Webb dan ditulis oleh Erin Cressida. Penggambaran dijangka bermula pada 2022. 

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment