Aktor Evan Peters akan kembali membawakan wataknya sebagai Quicksilver dalam filem terbaru X-Men akan datang yang berjudul Dark Phoenix. Berita tersebut disampai melalui laman web Hollywood Reporter baru-baru ini.
Evan sebelum ini telah berlakon dalam dua filem X-Men sebelum ini iaitu X-Men: Days of Future Past yang ditayangkan pada tahun 2014 dan X-Men: Apocalypse pada tahun 2016.
Karakter tersebut mula menjadi popular kerana perwatakannya yang “kool” serta babak choreography yang menunjukan abiliti yang ada pada Quicksilver. Watak tersebut juga dikatakan penyelamat kepada beberapa watak utama apabila dia berjaya memesongkan peluru dari mengenai Wolverine, Magneto dan Profesor X dalam filem Day of Future Past serta menyelamatkan pelajar-pelajar di sekolah Profesor X dari tekena kesan letupan besar.
X-Men: Dark Phoenix akan mengisahkan Jean Grey yang bertukar menjadi Dark Phoenix seperti yang ditunjukan dalam versi komik berjudul Dark Phoenix Saga yang diterbitkan pada tahun 1980.
Sementara itu, pelakon filem Full Out, Lamar Johnson juga dilaporkan telah diambil untuk berlakon dalam filem ini bagi membawakan watak yang belum didedahkan lagi kepada umum.
X-Men: Dark Phoenix akan memulakan pengambaran di Montreal pada minggu ini dan bakal menampilkan pelakon-pelakon lama seperti Jennifer Lawrence, Michael Fassbender, James McAvoy, Nicholas Hoult, Evan Peters dan Sophie Turner,